Tuesday, March 11, 2008

CNI DMG

DMG
Pengenalan
N,N-dimethylglycine adalah sejenis asid amino peringkat ketiga yang juga dikenali sebagai “vitamin B15” oleh ahli sains Rusia pada tahun 1964. DMG adalah metabolit aktif yang dapat dihasilkan oleh badan daripada unsur kolin dan boleh juga didapati dalam kuantiti yang kecil dalam makanan. Menurut Dr. Jerzy W. Meduski dari Sekolah Perubatan USC di Los Angelas, DMG adalah sejenis bahan makanan yang dapat meningkatkan prestasi mental dan fizikal terutamanya dalam situasi penuh tekanan sekiranya diambil menerusi pemakanan dalam kuantiti yang optimal.
Hasil usaha Dr. Meduski menunjukkan bahawa DMG boleh meningkatkan penggunaan oksigen dalam sel badan dan mambantutkan pengumpulan asid laktik. Dr. Charles D.Graber dari Sekolah Perubatan Universiti South Carolina dan rakan-rakannya membuat kesimpulan bahawa DMG dapat menambahkan penghasilan antibodi dan imuniti sel badan. Kajian beliau menunjukkan bahawa DMG dengan jelasnya merangsang limfosit sel-B(sel darah putih yang menghasilkan antibodi) untuk menghasilkan tindakbalas antibodi yang lebih tinggi di samping meningkatkan aktiviti limfosit sel-T(sel darah putih yang menyingkirkan bendasing) serta makrofaj (sel darah putih bebas). Satu lagi kemungkinan yang menarik daripada kajian ini adalah kebarangkalian DMG berkebolehan memulihkan aktiviti limfosit yang terganggu pada pesakit diabetes dan memulihkan sel bulan sabit pada pesakit anemia.
Selain meningkatkan sistem imuniti badan, DMG juga dikatakan dapat mempertingkatkan jumlah tenaga yang diperolehi daripada oksigen dalam darah.

Kandungan: N.N.Dimethylglycine

Kegunaan:
Ø Membekalkan lebih banyak oksigen kepada sel-sel tubuh
Ø Meningkatkan sistem imuniti tubuh
Ø Menghalang pembentukan asid laktik
Ø Meningkatkan kecergasan
Ø Membantu fungsi sistem peredaran darah
Ø Meningkatkan metabolisma glukos darah, lemak dan protein

Senarai Paten DMG
U.S Paten
Tajuk
4631189
N,N-Dimethylglycine (DMG) dan penggunaan dalam tindak balas imuniti
4994492
Merawat sel melonoma(kanser kulit) menggunakan N,N-Dimethylglycine (DMG)
5026728
Rawatan arthritis dan keradangan
5118618
N,N-Dimethylglycine (DMG) meningkatkan pembentukan antibodi
4968839
Proses penyediaan N,N-Dimethylglycine (DMG)
Speksifikasi: 30 biji x 125mg/ kotak

Saranan Pengambilan:
1-2 biji/hari
Letakkan di bawah lidah untuk kesan yang lebih baik.

Rujukan:
· Roger V Kendall ” Building Wellness with DMG” Freedom Press, 2003
· MacKenzie, C.,and Frisell, W.,”Metabolism of Dimethylglicine by Liver Mitochondria,”J Biol Chem.,232,417,1958
· Walker, M. “Some Nutri-clinical Applications of N,N-Dimethylglycine” Townsend Letter for Doctors, June 1998


No comments: