Friday, March 21, 2008

CNI Permata Suri



CNI PERMATA SURI
Pengenalan

Wanita pada zaman moden ini sibuk kerjaya masing-masing dan cuba dengan sedaya upaya untuk menyeimbangkan kerjaya dan kehidupan rumahtangga. Justeru itu, ramai wanita yang mengalami cabaran untuk mengekalkan kesihatan. Kaum wanita sering menghadapi masalah Pre Menstrual Syndrom;PMS(masalah awal haid), senggugut, keletihan dan sebagainya.
Permata Suri ialah satu produk yang ditingkatkan kualitinya untuk membantu kaum hawa untuk mengekalkan kesihatan dan mencari kepuasan dalam kehidupan. Produk ini diperbuat daripada herba dan mebantu kaum wanita untuk mencari kepuasan hidup, kejelitaan dan kecergasan terutamanya dalam kehidupan rumahtangga. Bahan utama Permata Suri ialah Manjakani, Jarum Emas, Sireh, Kurma, Madu, Halban, Jintan Hitam, Kacip Fatimah dan Akar Serapat. Di samping itu, Permata Suri juga diperkayakan dengan vitamin A, B1, B2, B3, B6, B12 dan C serta zat besi dan kalsium. Secara keseluruhannya, Permata Suri dapat memberikan tenaga dan nutrien yang diperlukan untuk mencapai kehidupan yang sihat dan bahagia.

Kandungan
Manjakani
· Tanin - mengecutkan otot bahagian faraj dan menegangkan otot
· Mengawal rembesan lendir
· Mengawal keputihan
· Melambatkan proses penuaan
· Anti bakteria dan kulat – hilangkan bau yang tidak enak
Jarum Emas
· Anti radang – memulihkan luka, bengkak pada faraj dan bibir faraj selepas
hubungan kelamin
· Tonik perut – Bantu penghadaman dan penyerapan nutrien dan
pembuangan toksin
· Pelancaran kitaran haid
Daun Sireh
· Anti bakteria dan anti kulat – mengharumkan
· Pembuangan angin
Kurma
· Kandungan nutrien yang tinggi – meningkatkan kadar metabolisme
· Bekalan tenaga serta merta
· Kaya dengan serat
Madu lebah
· Bekalan tenaga fizikal serta merta
· Kandungan nutrien yang tinggi – kesihatan kulit dan peredaran darah
Jintan Hitam
· Merangsang sistem imun
· Mencerdaskan minda
· Melancarkan peredaran darah
· Membuang angin
Halban
· Merangsang penghasilan hormon wanita – membantu dalam kitaran haid
· Melancarkan sistem peredaran darah
· Menguatkan otot dan sendi
Kacip Fatimah
· Mengurangkan masalah Pre Menstrul Syndrom (PMS) dan haid
· Menegang dan mengecutkan otot
· Membantu dalam masalah/ penyakit kelamin
Akar Serapat
· Kuasa pemulihan luka/ tenaga
· Menegangkan otot

Spesifikasi: 330ml/ botol
Fungsi khusus:
Ø Menegang dan mengecutkan otot di bahagian faraj, perut dan payu dara
Ø Mengeratkan hubungan kelamin
Ø Membantu dalam proses penyembuhan luka selepas hubungan kelamin
Ø Melancarkan kitaran haid dan mengurangkan masalah yang berkaitan dengan haid seperti PMS dan senggugut.
Ø Mengurangkan masalah keputihan, kegatalan dan bau yang tidak diingini

Fungsi umum:
Ø Meningkatkan sistem imun untuk mengelakkan jangkitan
Ø Melancarkan peredaran darah
Ø Pembentukan bentuk badan yang sempurna
Ø Pembuangan toksin dan angin tubuh
Ø Mengatasi masalah bau badan
Ø Meningkatkan kecerdasan dan kecergasan

Tanda-tanda yang mungkin hadir pada peringkat permulaan pengambilan:

Ø Badan terasa panas (selepas 30 – 45 minit pengambilan)
Ø Untuk pesakit asma, jantung akan terasa berdebar-debar selepas pengambilan
Ø Buasir menjadi kecut dan kelihatan pengeluaran lebihan darah semasa pembuangan air besar
Ø Badan terasa ringan
Ø Bertenaga dan tidah letih
Ø Bau air kencing tengik pada permulaan dan kembali normal selepas 3 hari pengambilan
Ø Air kencing menjadi kekuningan dan berbuih (selepas 3 6 jam)

Perhatian:

1. Tidak sesuai untuk wanita hamil dan kedatangan haid.
2. Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik dan cepat, elakkan daripada mengadakan hubungan
kelamin semasa 3 hari pertama pengambilan.
3. Banyakkan minum air sepanjang pengambilan produk ini.
4. Simpan di peti sejuk selepas dibuka.

Saranan Pengambilan:

Minum 2 sudu besar dengan segelas air, 2 kali sehari

Saranan Tambahan:

Minum banyak air sepanjang pengambilan produk ini.

Mdam Zainal Md.Yusoff

Tuesday, March 11, 2008

Lawatan ke Wisma CNI


Bergambar dihadapan Wisma CNI Shah Alam sewaktu lawatan kali pertama pada tahun 1999 ketika bermulanya karier sebagai MLM Independent Distributor

CNI DMG

DMG
Pengenalan
N,N-dimethylglycine adalah sejenis asid amino peringkat ketiga yang juga dikenali sebagai “vitamin B15” oleh ahli sains Rusia pada tahun 1964. DMG adalah metabolit aktif yang dapat dihasilkan oleh badan daripada unsur kolin dan boleh juga didapati dalam kuantiti yang kecil dalam makanan. Menurut Dr. Jerzy W. Meduski dari Sekolah Perubatan USC di Los Angelas, DMG adalah sejenis bahan makanan yang dapat meningkatkan prestasi mental dan fizikal terutamanya dalam situasi penuh tekanan sekiranya diambil menerusi pemakanan dalam kuantiti yang optimal.
Hasil usaha Dr. Meduski menunjukkan bahawa DMG boleh meningkatkan penggunaan oksigen dalam sel badan dan mambantutkan pengumpulan asid laktik. Dr. Charles D.Graber dari Sekolah Perubatan Universiti South Carolina dan rakan-rakannya membuat kesimpulan bahawa DMG dapat menambahkan penghasilan antibodi dan imuniti sel badan. Kajian beliau menunjukkan bahawa DMG dengan jelasnya merangsang limfosit sel-B(sel darah putih yang menghasilkan antibodi) untuk menghasilkan tindakbalas antibodi yang lebih tinggi di samping meningkatkan aktiviti limfosit sel-T(sel darah putih yang menyingkirkan bendasing) serta makrofaj (sel darah putih bebas). Satu lagi kemungkinan yang menarik daripada kajian ini adalah kebarangkalian DMG berkebolehan memulihkan aktiviti limfosit yang terganggu pada pesakit diabetes dan memulihkan sel bulan sabit pada pesakit anemia.
Selain meningkatkan sistem imuniti badan, DMG juga dikatakan dapat mempertingkatkan jumlah tenaga yang diperolehi daripada oksigen dalam darah.

Kandungan: N.N.Dimethylglycine

Kegunaan:
Ø Membekalkan lebih banyak oksigen kepada sel-sel tubuh
Ø Meningkatkan sistem imuniti tubuh
Ø Menghalang pembentukan asid laktik
Ø Meningkatkan kecergasan
Ø Membantu fungsi sistem peredaran darah
Ø Meningkatkan metabolisma glukos darah, lemak dan protein

Senarai Paten DMG
U.S Paten
Tajuk
4631189
N,N-Dimethylglycine (DMG) dan penggunaan dalam tindak balas imuniti
4994492
Merawat sel melonoma(kanser kulit) menggunakan N,N-Dimethylglycine (DMG)
5026728
Rawatan arthritis dan keradangan
5118618
N,N-Dimethylglycine (DMG) meningkatkan pembentukan antibodi
4968839
Proses penyediaan N,N-Dimethylglycine (DMG)
Speksifikasi: 30 biji x 125mg/ kotak

Saranan Pengambilan:
1-2 biji/hari
Letakkan di bawah lidah untuk kesan yang lebih baik.

Rujukan:
· Roger V Kendall ” Building Wellness with DMG” Freedom Press, 2003
· MacKenzie, C.,and Frisell, W.,”Metabolism of Dimethylglicine by Liver Mitochondria,”J Biol Chem.,232,417,1958
· Walker, M. “Some Nutri-clinical Applications of N,N-Dimethylglycine” Townsend Letter for Doctors, June 1998


Stesen Petronas Jaya Gading Kuantan

Sedang membantu pelanggan di Stesen Petronas Jaya Gading Kuantan

CNI Omega 3


CNI Omega 3

Pengenalan

Adakah anda berisiko terhadap penyakit kardiovaskular seperti tekanan darah tinggi, paras kolesterol tinggi, serangan penyakit jantung, strok dan sebagainya? Kemerosotan fungsi jantung dan peredaran darah boleh membawa kepada serangan penyakit jantung dan strok.
Statistik menunjukkan:
Kini, lebih 30% atau 3 juta warga berusia 30 tahun ke atas mengalami masalah tekanan darah tinggi. 2 juta rakyat Malaysia mengalami masalah kolesterol yang tinggi.
Secara puratanya, terdapat 50,000 rakyat Malaysia diserangi strok setiap tahun, bersamaan dengan 6 orang setiap jam.
Setiap tahun, 12000 hingga 14000 dirawat di hospital kerana strok dan 20% akan mengalami kematian. Secara global, 30 juta orang diserangi angin ahmar, dan 5 juta yang mengalami kematian.
Tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, kencing manis dan merokok menyumbang kepada peningkatan risiko penyakit kardiovaskular 2-3 kali ganda.

Statistik Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan penyakit kardiovaskular adalah pembunuh No. 1 di hospital Malaysia. Penyebab utama ini adalah berkait rapat dengan tabiat pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat.

Masalah kesihatan yang berkait dengan gaya hidup

Tahun 2000 Tahun 2005 % Peningkatan
Masalah berkait dengan takanan darah tinggi 32,886 38,445 16.90
Penyumbatan salur darah 33,623 39,594 17.75
Penyakit jantung lain 17,598 25,362 44.12
Strok /masalah vena 13,868 16,896 21.83
Kencing manis 27,179 39,762 46.30
Sumber: China Press 27.3.2006

CNI Omega 3
CNI Omega 3 adalah pati minyak ikan yang diekstrak dari ikan laut dalam bersuhu rendah dari Laut Norwegian dan Lautan Atlantik Utara seperti ikan salmon, sardin, mackerel dan sebagainya. Omega 3 ialah asid lemak politaktepu yang diperlukan oleh tubuh manusia.


3 Keistimewaan Utama
1. Bekerjasama dengan Pusat Perubatan HSC
Satu-satunya peroduk Omega 3 di pasaran yang mendapat kerjasama dengan pusat perubatan. HSC merupakan pusat perubatan yang membekalkan perkhidmatan rawatan penyakit jantung, strok dan kanser.
2. Kesan Berganda Tambahan
Setiap kapsul 1200mg mengandungi minyak ikan laut dalam terpilih dan berkualiti tinggi dengan 35% EPA dan 25% DHA, kekuatan minyak ikan paling tinggi pasaran kini.
3. Penyulingan Molekul
CNI Omega 3 disahkan Gred Farmakopia Amerika Syarikat dan bebas toksin yang dihasilkan menerusi teknologi canggih lagi maju dikenali sebagai penyulingan molekul.

Lain lain keistimewaan
Kapsul lembut diperbuat daripada 100% gelatin sumber ikan
Mengandungi vitamin E, bertindak sebagai agen anti oksida
Botol gelap kedap cahaya dan kelembapan mencegah pengoksidaan

Fungsi
Memelihara paras kolesterol yang sihat
Mengurangkan risiko tekanan darah tinggi
Meningkatkan kesihatan jantung

Fungsi Lain
Anti keradangan
Membantu pembinaan struktur dan perkembangan otak
Membantu fungsi sistem saraf dan sistem imun.
Membantu kemurungan dan masalah psikologi
Membantu masalah kesihatan seperti kencing manis, asma dan ketumbuhan

Masalah kardiovaskular membawa padah kepada diri dan keluarga. Persatuan Jantung Amerika (AHA) juga menggalakkan pengambilan minyak ikan Omega 3 untuk melindungi diri daripada penyakit jantung. Lindungilah jantung anda dengan CNI Omega 3, hidup kan pasti lebih bermakna.

Saranan pengambilan : 1 kapsul/hari selepas makan
Pengambilan bersama CNI Life Enyzme yang bertindak sebagai pemangkin memberikan kesan yang lebih baik.
Rujukan:
1. Laporan Siasatan Kementerian Kesihatan Malaysia 2003
2. Physician’s Health Study. New England Journal of Medicine. 2002. 346 (15): 1102 – 3.
3. Importance of n-3 fatty acids in health and disease. American Journal of Clinical Nutrition. 2000.
4. Thies, Frank et al. Association of n-3 fatty acids with stability of atherosclerotic plaques. 2003.
5. Nurses’ Health Study – Journal of American Medical Association. 2002. 287

Sayangi Jantung Mu, Hidup Kan Pasti Lebih Bermakna

Sterilgamma (M) Sdn Bhd


Gambar Jamuan Perpisahan di Sterilgamma (M) Sdn Bhd Rawang Selangor. Hari terakhir ku menjawat jawatan sebagai Pengurus Kilang.

CNI Bio Plus




CNI Bio Plus


Pengenalan

Kesihatan tubuh manusia dikawal oleh sel badan. Apabila sel badan sihat, kita juga akan sihat. Kesihatan dan kecergasan sel badan bergantung kepada probiotik yang hadir di dalam usus kita. Terdapat 1.5kg probiotik yang hidup dalam tubuh.

Probiotik adalah bakteria baik yang dapat membantu mencegah pertumbuhan bakteria dan patogen yang tak diingini. Bakteria dalam tubuh badan kita hidup secara simbiosis(saling bergantung). Jika diasingkan, keupayaan dan fungsi bakteria-bakteria ini akan menjadi lemah dan mereka tidak lagi dapat membiak secara giat. Terdapat 100 trilion bakteria yang menghuni di dalam usus dan terdapat 100 jenis bakteria yang hidup dalam usus besar. Semua ini amat diperlukan untuk memastikan kesihatan usus terjaga, meningkatkan sistem pertahanan badan, menentang jangkitan mikroorganisma dan detoksifikasi.

Bagaimanapun, di dalam usus kita juga terdapat bakteria berbahaya yang bertindak memudaratkan kesihatan. Kita akan jatuh sakit jika jumlah bakteria ini lebih banyak daripada jumlah bakteria baik dalam usus. Kita bergantung kepada bakteria baik untuk merencatkan pembiakan bakteria berbahaya ini. Pakar-pakar telah membiakkan pelbagai bakteria baik dengan kaedah pembiakan simbiotik untuk meningkatkan jumlah bakteria baik dalam usus. Usus ialah teras kesihatan manusia. Apabila bakteria hidup sihat dan aktif, begitulah juga dengan kita. Justeru itu, cara yang paling asli untuk memperolehi nutrien asli ialah dengan mengambil bakteria kultur yang baik untuk kesihatan dan kecergasan tubuh badan.

BioPlus Mengandungi 4 jenis bakteria baik
1. Bacillus mesentericus
Membiak di segmen atas usus. Ia membekalkan nutrien kepada mempercepatkan pertumbuhan Streptococcus faecalis, Clostridium butyricum dan Bifidobacterium breve.
2. Streptococcus faecalis
Membiak di segmen tengah usus. Melakukan simbiosis dengan bakteria Bioplus lain. Asid laktik yang dihasilkan merencat pertumbuhan bakteria patogenik.
3. Clostridium butyricum
Menbiak di bahagian bawah usus. Menghasilkan asid butirik yang mampu merencatkan pertumbuhan bakteria patogenik.
4. Bifidobacterium breve
Membantu penjagaan usus. Bakteria ini menghasilkan asid laktik dan asid asetik, menghalang bakteria patogenik daripada menyebabkan makanan mereput di dalam usus, mensintesiskan vitamin, mencegah sembelit dan cirit birit, membantu menyelaraskan kandungan elektrolit dalam usus.

Kandungan utama lain:
o Oligosakarida, laktosa dan fruktosa – membantu pertumbuhan bakteria BioPlus
o Enzim – membantu pencernaan
o Ester-C Plus- meningkatkan sistem pertahanan badan
o Vitamin B Kompleks



FUNGSI CNI BIOPLUS

1) Mempertingkatkan Kesihatan Usus
Probiotik memainkan pernan penting didalam perkembangan fungsi usus
Menghasilkan pelbagai enzim yang penting dan memudahkan penyerapan vitamin dan nutrien
Kekurangan probiotik boleh menyebabkan alahan dan kekurangan kadar penyerapan dunia

2) Mempertingkatkan Sistem Pertahanan Badan
Probiotik telah terbukti mampu memulihkan serta meningkatkan aktiviti makrofaj dan limfosit, juga mampu membantu membunuh virus dan parasit

3) Menentang Jangkitan Kuman
Probiotik memainkan peranan menindas jangkitan kuman yang berbahaya
Probiotik akan menghasilkan bahan-bahan anti kuman yang akan menindas pembiakan patogen
Dan hanya memberi sedikit kesan kepada bakteria baik

4) Detoksifikasi
Kesihatan flora usus boleh terganggu disebabkan oleh sesetengah ejen farmaseutikal dan toksin yang tidak dapat dikumuhkan menyebabkan terbentuknya disbiosis usus (bakteria baik tidak dapat saling bergantung)
Dengan menggantikannya dengan bakteria baik, probiotik boleh mengimbang balas kesan yang merugikan sesetengah rawatan terhadap bakteria baik dan boleh mengelakkan disbiosis

KEUNIKAN CNI BIOPLUS

1) Kuasa simbiotik (saling kebergantungan) 4 bakteria
2) tahan asid gastrik
3)Tahan lebih lama dan stabil

Speksifikasi: 1.2g x 30 batang/kotak

Saranan Pengambilan:
Kanak-kanak (3 bulan-12tahun) :1 batang/hari
Dewasa :2 batang/hari

Rujukan:
1. Probiotics:Nature Internal Healers by Natasha Trenev
2. Sanders M.S. Consideration for use of probiotic bacteria to modulate human health. J Nutr. 2000;130:396S-420S
3. Rafter J. The role of lactic acid bacteria in colon cancer prevention. Scand. J. Gastroenterol. 1995; 30:497-502.
4. Fukushima Y., Kawata Y., Hara H., Terada A., Mitsuoka T. Effect of a probiotic formula on intestinal immunoglobulin, a production in healthy children. Int. J. Food Microbial. 1998; 42: 39-44.

Kata Kata Jutawan ( Dato' Dr.Azman Ching )

Malaysian Institiut of Nuclear Technology

Gambar Terkini ( 2007 ) yang di ambil selepas 27 tahun meninggalkan Jabatan Reaktor di Malaysian Institiut of Nuclear Technology Bangi

CNI Organik Vegetable Powder




Organik Vegetable Powder

Pengenalan
Usus merupakan termometer semula jadi dalam tubuh badan kita. Usus akan menunjukkan tanda-tanda awal apabila tubuh badan kita jatuh sakit. Pada hakikatnya, kebanyakan masalah kesihatan hari ini berpunca daripada kegagalan fungsi gastrousus. Bahan buangan yang dihasilkan daripada makanan yang diambil mesti dikumuhkan dalam masa kurang daripada 24 jam. Toksin yang terjana akan disebarkan melalui dinding usus lalu meracuni tisu tubuh badan lalu mengakibatkan penyakit-penyakit kronik seperti penyakit jantung, kolesterol darah tinggi, tekanan darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.

Kandungan
Campuran bijirin, campuran bijian, campuran buah-buahan, campuran tumbuh-tumbuhan hijau, prebiotik, enzim dan madu

4 Ciri Keistimewaan
· Syurga dunia Organik, Montana Amerika Syarikat
· Serat biji benih tumbuhan organik – khasiatnya lebih unggul daripada serat-serat lain
· Pengiktirafan badan makanan organik antarabangsa bukti kukuh status organik
· Formula termaju Naturopati untuk kesihatan optimum

Manfaat CNI Organik Vegetable Powder
· Membantu dalam pengawalan berat badan
· Membersihkan usus
· Memberikan nutrien yang lengkap
· Mengurangkan paras kolesterol
· Mengurangkan paras gula darah

Sesuai untuk
Sembelit, cirit-birit, keracunan makanan, buasir, hemorrhoids, ulser perut, penyakit jantung, tekanan darah tinggi, kebas-kebas, strok, kolesterol darah tinggi, penyakit kencing manis, keletihan, masalah kulit, gout, sakit sendi, barah dan sebagainya.

Pembungkusan
15 sachets/1 kotak
460g/1 botol

Saranan Penggunaan
Untuk pemeliharaan kesihatan: 1-2 stik sehari, diambil sebelum sarapan pagi dan waktu makan malam
Untuk tujuan rawatan: 2-3 kali stik sehari, diambil sebelum makan

Rujukan:
· L Kathleen Mahan, Sylvia Escott-Stump. 1996. Krause’s Food, Nutrition & Diet Therapy. W.B. Saunders Company. 9th Edition
· www.mayoclinic.com

Malaysian Institiut of Nuclear Technology

Gambar ku 27 tahun yang lalu semasa mengendalikan TRIGA MARK II ( Jabatan Reaktor ) di Malaysian Institiut of Nuclear Technology Bangi Selangor

Monday, March 10, 2008

CNI Lyophilized Royal Jelly




CNI LYOPHILIZED ROYAL JELLY

CNI Lyophilized Royal Jelly diperolehi daripada Dataran Hua Bei, China yang kaya dengan bunga Japanese Pagoda yang mampu menghasilkan Royal Jelly yang terbaik. Ia dihasilkan menerusi teknologi pengeringan sejuk beku pada suhu -40ºC untuk menjamin kesegaran dan khasiat semulajadinya tidak terjejas. Kandungan zat makanan lengkap terdiri daripada 21 jenis asid amino, unsur asas protein, 11 jenis mineral, 10-hidroksi dekanoik, hormon dan enzim, vitamin A,C,D,E dan B kompleks, kalogen, Asetilkolina dan 3% unsur misteri Faktor R.

Apakah Royal Jelly?

Royal Jelly (susu lebah) ialah makanan eksklusif ratu lebah, seperti lemak mentega yang berwarna putih dan sedikit masam. Royal Jelly dikeluarkan dari kelenjar farinks pada bahagian kepala lebah pekerja yang memakan madu dan lebah debunga. Hasil pemakanan Royal jelly, ratu lebah mampu mengeluarkan hingga 3000 biji telur sehari dan mencapai jangka hayat hingga 40 kali ganda dari lebah biasa.

Kandungan dan Khasiat Royal Jelly

Protein:
Asid amino:
Darah, otot, hormon, antibody, kulit, rambut dan sebahgian besar tubuh manusia dibina dari protein yang terdiri dari berbagai jenis asid amino. Sebahgian sel tubuh manusia perlu diganti setiap masa, maka adalah perlu untuk kita memperolehi sumber protein/ asid amino bermutu seperti terdapat dalam Royal Jelly. Kajian menunjukkan terdapat sekurang-kurangnya 21 jenis asid amino diperlukan oleh tubuh manusia.
Kolagen:
Membantu mempertahankan elastisitas jaringan otot.
Hormon:
Membantu mengawalatur sistem tubuh dan saraf, merangsang metabolisme, mengaktif dan merangsang pertumbuhan semula sel-sel baru agar sihat dan berseri. Cntohnya Parotine yang membantu dalam proses membina otot dan organ, melambatkan penuaan serta insulin untuk pengawalan gula darah.
Asetilkolin:
Merangsang bahagian pinggir otak

Karbohidrat:
Memberi tenaga.

Asid lemak
10HDA (10-Hydroxy Decanoic acid), sejenis asid lemak yang berfungsi membantu mencegah/merencat pertumbuhan sel tumor, bahan ini hanya terdapat dalam Royal Jelly

Vitamin
A, B kompleks, C, D dan E. Menggalakkan fungsi enzim.

Mineral
11 jenis mineral penting bagi tubuh di antaranya kalsium, kalium, zink, magnesium dan zat besi.

Unsur R
3% unsur yang belum dikenali dan dikaitkan dengan kesuburan dan merangsang metabolisme

Spesifikasi: 1)30 paket X 500mg
2)15 paket X 500mg

Saranan pengambilan: 1 paket sehari sebelum sarapan pagi/perut kosong.

Kata kata MDAM Murad Basir

CNI Life Enzyme




CNI LIFE ENZYME

Pengenalan

Tumbuh-tumbuhan yang melalui proses bertunas, berbuah, mati serta reput dan binatang yang mengalami proses pembentukan, tumbesaran termasuk menjalankan penghadaman dan penyerapan semuanya memperlihatkan bagaimana enzim berfungsi dalam kehidupan.

Pada umumnya enzim hadir secara semulajadi di dalam tubuh manusia. Bekalan enzim daripada sumber makanan dapat meringankan bebanan organ-organ di dalam tubuh manusia, malangnya tabiat mengambil makanan yang telah dimasak , memusnahkan enzimdari sumber makanan seterusnya membebankan organ dan dalam sesetengah keadaan menyebabkan kekurangan enzim seterusnya meningkatkan kegagalan fungsi sesetengah organ. Oleh yang demikian pengambilan enzim tambahan merupakan alternatif yang baik.

Apa itu CNI Life Enzyme?

CNI Life Enzyme atau enzim ialah sejenis protein kompleks yang unik dan merupakan makanan tambahan yang bertindak sebagai pemangkin yang penting untuk metabolisma dan pelbagai perubahan kimia dalam tubuh manusia supaya seluruh sistem tubuh dapat berfungsi dengan sempurna. Kekurangan enzim akan membantutkan tumbesaran, menghalang proses penghadaman, penghasilan tenaga dan lain-lain.

Spesifikasi: 1) 30 paket X 4g/Kotak
2) 120 paket X 4g/Kotak

Kandungan
Jagung, gandum, nanas, kacang putih, betik, pisang, rumpai laut, germa padi, tomato, labu, burdock, formosanus.

Keistimewaan CNI Life Enyzme.

1. Keaktifan yang tinggi

Keaktifan ialah daya penggerak enzim. Lumrahnya keaktifan enzim akan hilang pada suhu 50ºC ke atas tetapi dalam kes CNI Life Enzyme, keaktifannya bukan saja tidak hilang malah 3 kali lebih aktif dari suhu biasa dan masih aktif walau suhu ditingkatkan hingga 80ºC

2. Kemantapan.

Kemantapan enzim mudah terpengaruh oleh kelembapan dan perubahan suhu. Kebanyakan
enzim memerlukan sirap dan bahan penstabil untuk memantapkan keaktifannya tetapi Life
Enzyme tidak memerlukan bahan-bahannya malah mengekalkan keaktifan hingga 10 tahun
dan ke atas

3. Keselamatan pengambilan.
Life Enzyme tidak mengandungi bahan pengawet, agen antioksida, sakarin, pewarna, perisa, enzim haiwan, logam berat, sisa-sisa racun rumpai, antibiotik, kuman patogenik dan sebarang ubat serta dadah. Enzim adalah makanan murni dan bersih, dihasilkan sepenuhnya daripada sumber buah-buahan dan sayur-sayuran semulajadi.


Fungsi-fungsi utama enzim:

Menyelaraskan persekitaran dalaman tubuh badan.

Life Enzyme bertindak mengalkalikan darah ke paras normal, menghapuskan sisa-sisa di dalam tubuh badan, memelihara keseimbangan bakteria dalam usus, menyihatkan sel-sel, mendorong pencernaan, meningkatkan daya ketahanan, mengekalkan keseimbangan tubuh badan secara menyeluruh.

Kuasa penguraian.

Membantu mengurai dan mengolah makanan agar nutrien dapat diserap secara sempurna oleh perut dan usus. Oleh demikian masalah ketidakhadaman & kekurangan zat makanan dapat dielakkan.

Anti bakteria

Enzim berkuasa membunuh bakteria di samping menggalakkan penghasilan sel-sel baru untuk menyembuhkan penyakit dari akar umbinya.

Anti radang

Radang berlaku apabila sel-sel yang cedera dijangkiti bakteria. Enzim sendiri tidak dapat menyembuhkan radang. Ia bertindak mengangkut dan meningkatkan fungsi sel-sel darah putih yang kemudian memberikan kuasa kepada sel-sel yang tercedera/ radang untuk sembuh.

Membersihkan darah

Mengurai dan menyingkirkan sisa-sisa metabolisma seperti lemak dan kolesterol, asid urik di
dalam darah, seterusnya melancarkan peredaran darah. Life Enzyme juga berperanan menguraikan bakteria dan fungus di dalam darah.

Kuasa membina sel-sel baru

Merangsang metabolisme sel-sel tubuh badan, meningkatkan stamina tubuh badan dan menggalakkan pertumbuhan semula sel-sel yang telah rosak.

Saranan Pengambilan:
1 paket ½ jam sebelum sarapan +100 ml air suam
1 paket sebelum tidur (perut kosong) + 100ml air suam

Rumah Ku di Sg.Petani