Tuesday, March 11, 2008

CNI Bio Plus




CNI Bio Plus


Pengenalan

Kesihatan tubuh manusia dikawal oleh sel badan. Apabila sel badan sihat, kita juga akan sihat. Kesihatan dan kecergasan sel badan bergantung kepada probiotik yang hadir di dalam usus kita. Terdapat 1.5kg probiotik yang hidup dalam tubuh.

Probiotik adalah bakteria baik yang dapat membantu mencegah pertumbuhan bakteria dan patogen yang tak diingini. Bakteria dalam tubuh badan kita hidup secara simbiosis(saling bergantung). Jika diasingkan, keupayaan dan fungsi bakteria-bakteria ini akan menjadi lemah dan mereka tidak lagi dapat membiak secara giat. Terdapat 100 trilion bakteria yang menghuni di dalam usus dan terdapat 100 jenis bakteria yang hidup dalam usus besar. Semua ini amat diperlukan untuk memastikan kesihatan usus terjaga, meningkatkan sistem pertahanan badan, menentang jangkitan mikroorganisma dan detoksifikasi.

Bagaimanapun, di dalam usus kita juga terdapat bakteria berbahaya yang bertindak memudaratkan kesihatan. Kita akan jatuh sakit jika jumlah bakteria ini lebih banyak daripada jumlah bakteria baik dalam usus. Kita bergantung kepada bakteria baik untuk merencatkan pembiakan bakteria berbahaya ini. Pakar-pakar telah membiakkan pelbagai bakteria baik dengan kaedah pembiakan simbiotik untuk meningkatkan jumlah bakteria baik dalam usus. Usus ialah teras kesihatan manusia. Apabila bakteria hidup sihat dan aktif, begitulah juga dengan kita. Justeru itu, cara yang paling asli untuk memperolehi nutrien asli ialah dengan mengambil bakteria kultur yang baik untuk kesihatan dan kecergasan tubuh badan.

BioPlus Mengandungi 4 jenis bakteria baik
1. Bacillus mesentericus
Membiak di segmen atas usus. Ia membekalkan nutrien kepada mempercepatkan pertumbuhan Streptococcus faecalis, Clostridium butyricum dan Bifidobacterium breve.
2. Streptococcus faecalis
Membiak di segmen tengah usus. Melakukan simbiosis dengan bakteria Bioplus lain. Asid laktik yang dihasilkan merencat pertumbuhan bakteria patogenik.
3. Clostridium butyricum
Menbiak di bahagian bawah usus. Menghasilkan asid butirik yang mampu merencatkan pertumbuhan bakteria patogenik.
4. Bifidobacterium breve
Membantu penjagaan usus. Bakteria ini menghasilkan asid laktik dan asid asetik, menghalang bakteria patogenik daripada menyebabkan makanan mereput di dalam usus, mensintesiskan vitamin, mencegah sembelit dan cirit birit, membantu menyelaraskan kandungan elektrolit dalam usus.

Kandungan utama lain:
o Oligosakarida, laktosa dan fruktosa – membantu pertumbuhan bakteria BioPlus
o Enzim – membantu pencernaan
o Ester-C Plus- meningkatkan sistem pertahanan badan
o Vitamin B Kompleks



FUNGSI CNI BIOPLUS

1) Mempertingkatkan Kesihatan Usus
Probiotik memainkan pernan penting didalam perkembangan fungsi usus
Menghasilkan pelbagai enzim yang penting dan memudahkan penyerapan vitamin dan nutrien
Kekurangan probiotik boleh menyebabkan alahan dan kekurangan kadar penyerapan dunia

2) Mempertingkatkan Sistem Pertahanan Badan
Probiotik telah terbukti mampu memulihkan serta meningkatkan aktiviti makrofaj dan limfosit, juga mampu membantu membunuh virus dan parasit

3) Menentang Jangkitan Kuman
Probiotik memainkan peranan menindas jangkitan kuman yang berbahaya
Probiotik akan menghasilkan bahan-bahan anti kuman yang akan menindas pembiakan patogen
Dan hanya memberi sedikit kesan kepada bakteria baik

4) Detoksifikasi
Kesihatan flora usus boleh terganggu disebabkan oleh sesetengah ejen farmaseutikal dan toksin yang tidak dapat dikumuhkan menyebabkan terbentuknya disbiosis usus (bakteria baik tidak dapat saling bergantung)
Dengan menggantikannya dengan bakteria baik, probiotik boleh mengimbang balas kesan yang merugikan sesetengah rawatan terhadap bakteria baik dan boleh mengelakkan disbiosis

KEUNIKAN CNI BIOPLUS

1) Kuasa simbiotik (saling kebergantungan) 4 bakteria
2) tahan asid gastrik
3)Tahan lebih lama dan stabil

Speksifikasi: 1.2g x 30 batang/kotak

Saranan Pengambilan:
Kanak-kanak (3 bulan-12tahun) :1 batang/hari
Dewasa :2 batang/hari

Rujukan:
1. Probiotics:Nature Internal Healers by Natasha Trenev
2. Sanders M.S. Consideration for use of probiotic bacteria to modulate human health. J Nutr. 2000;130:396S-420S
3. Rafter J. The role of lactic acid bacteria in colon cancer prevention. Scand. J. Gastroenterol. 1995; 30:497-502.
4. Fukushima Y., Kawata Y., Hara H., Terada A., Mitsuoka T. Effect of a probiotic formula on intestinal immunoglobulin, a production in healthy children. Int. J. Food Microbial. 1998; 42: 39-44.

No comments: