Friday, March 21, 2008

CNI Permata Suri



CNI PERMATA SURI
Pengenalan

Wanita pada zaman moden ini sibuk kerjaya masing-masing dan cuba dengan sedaya upaya untuk menyeimbangkan kerjaya dan kehidupan rumahtangga. Justeru itu, ramai wanita yang mengalami cabaran untuk mengekalkan kesihatan. Kaum wanita sering menghadapi masalah Pre Menstrual Syndrom;PMS(masalah awal haid), senggugut, keletihan dan sebagainya.
Permata Suri ialah satu produk yang ditingkatkan kualitinya untuk membantu kaum hawa untuk mengekalkan kesihatan dan mencari kepuasan dalam kehidupan. Produk ini diperbuat daripada herba dan mebantu kaum wanita untuk mencari kepuasan hidup, kejelitaan dan kecergasan terutamanya dalam kehidupan rumahtangga. Bahan utama Permata Suri ialah Manjakani, Jarum Emas, Sireh, Kurma, Madu, Halban, Jintan Hitam, Kacip Fatimah dan Akar Serapat. Di samping itu, Permata Suri juga diperkayakan dengan vitamin A, B1, B2, B3, B6, B12 dan C serta zat besi dan kalsium. Secara keseluruhannya, Permata Suri dapat memberikan tenaga dan nutrien yang diperlukan untuk mencapai kehidupan yang sihat dan bahagia.

Kandungan
Manjakani
· Tanin - mengecutkan otot bahagian faraj dan menegangkan otot
· Mengawal rembesan lendir
· Mengawal keputihan
· Melambatkan proses penuaan
· Anti bakteria dan kulat – hilangkan bau yang tidak enak
Jarum Emas
· Anti radang – memulihkan luka, bengkak pada faraj dan bibir faraj selepas
hubungan kelamin
· Tonik perut – Bantu penghadaman dan penyerapan nutrien dan
pembuangan toksin
· Pelancaran kitaran haid
Daun Sireh
· Anti bakteria dan anti kulat – mengharumkan
· Pembuangan angin
Kurma
· Kandungan nutrien yang tinggi – meningkatkan kadar metabolisme
· Bekalan tenaga serta merta
· Kaya dengan serat
Madu lebah
· Bekalan tenaga fizikal serta merta
· Kandungan nutrien yang tinggi – kesihatan kulit dan peredaran darah
Jintan Hitam
· Merangsang sistem imun
· Mencerdaskan minda
· Melancarkan peredaran darah
· Membuang angin
Halban
· Merangsang penghasilan hormon wanita – membantu dalam kitaran haid
· Melancarkan sistem peredaran darah
· Menguatkan otot dan sendi
Kacip Fatimah
· Mengurangkan masalah Pre Menstrul Syndrom (PMS) dan haid
· Menegang dan mengecutkan otot
· Membantu dalam masalah/ penyakit kelamin
Akar Serapat
· Kuasa pemulihan luka/ tenaga
· Menegangkan otot

Spesifikasi: 330ml/ botol
Fungsi khusus:
Ø Menegang dan mengecutkan otot di bahagian faraj, perut dan payu dara
Ø Mengeratkan hubungan kelamin
Ø Membantu dalam proses penyembuhan luka selepas hubungan kelamin
Ø Melancarkan kitaran haid dan mengurangkan masalah yang berkaitan dengan haid seperti PMS dan senggugut.
Ø Mengurangkan masalah keputihan, kegatalan dan bau yang tidak diingini

Fungsi umum:
Ø Meningkatkan sistem imun untuk mengelakkan jangkitan
Ø Melancarkan peredaran darah
Ø Pembentukan bentuk badan yang sempurna
Ø Pembuangan toksin dan angin tubuh
Ø Mengatasi masalah bau badan
Ø Meningkatkan kecerdasan dan kecergasan

Tanda-tanda yang mungkin hadir pada peringkat permulaan pengambilan:

Ø Badan terasa panas (selepas 30 – 45 minit pengambilan)
Ø Untuk pesakit asma, jantung akan terasa berdebar-debar selepas pengambilan
Ø Buasir menjadi kecut dan kelihatan pengeluaran lebihan darah semasa pembuangan air besar
Ø Badan terasa ringan
Ø Bertenaga dan tidah letih
Ø Bau air kencing tengik pada permulaan dan kembali normal selepas 3 hari pengambilan
Ø Air kencing menjadi kekuningan dan berbuih (selepas 3 6 jam)

Perhatian:

1. Tidak sesuai untuk wanita hamil dan kedatangan haid.
2. Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik dan cepat, elakkan daripada mengadakan hubungan
kelamin semasa 3 hari pertama pengambilan.
3. Banyakkan minum air sepanjang pengambilan produk ini.
4. Simpan di peti sejuk selepas dibuka.

Saranan Pengambilan:

Minum 2 sudu besar dengan segelas air, 2 kali sehari

Saranan Tambahan:

Minum banyak air sepanjang pengambilan produk ini.

Mdam Zainal Md.Yusoff

Tuesday, March 11, 2008

Lawatan ke Wisma CNI


Bergambar dihadapan Wisma CNI Shah Alam sewaktu lawatan kali pertama pada tahun 1999 ketika bermulanya karier sebagai MLM Independent Distributor

CNI DMG

DMG
Pengenalan
N,N-dimethylglycine adalah sejenis asid amino peringkat ketiga yang juga dikenali sebagai “vitamin B15” oleh ahli sains Rusia pada tahun 1964. DMG adalah metabolit aktif yang dapat dihasilkan oleh badan daripada unsur kolin dan boleh juga didapati dalam kuantiti yang kecil dalam makanan. Menurut Dr. Jerzy W. Meduski dari Sekolah Perubatan USC di Los Angelas, DMG adalah sejenis bahan makanan yang dapat meningkatkan prestasi mental dan fizikal terutamanya dalam situasi penuh tekanan sekiranya diambil menerusi pemakanan dalam kuantiti yang optimal.
Hasil usaha Dr. Meduski menunjukkan bahawa DMG boleh meningkatkan penggunaan oksigen dalam sel badan dan mambantutkan pengumpulan asid laktik. Dr. Charles D.Graber dari Sekolah Perubatan Universiti South Carolina dan rakan-rakannya membuat kesimpulan bahawa DMG dapat menambahkan penghasilan antibodi dan imuniti sel badan. Kajian beliau menunjukkan bahawa DMG dengan jelasnya merangsang limfosit sel-B(sel darah putih yang menghasilkan antibodi) untuk menghasilkan tindakbalas antibodi yang lebih tinggi di samping meningkatkan aktiviti limfosit sel-T(sel darah putih yang menyingkirkan bendasing) serta makrofaj (sel darah putih bebas). Satu lagi kemungkinan yang menarik daripada kajian ini adalah kebarangkalian DMG berkebolehan memulihkan aktiviti limfosit yang terganggu pada pesakit diabetes dan memulihkan sel bulan sabit pada pesakit anemia.
Selain meningkatkan sistem imuniti badan, DMG juga dikatakan dapat mempertingkatkan jumlah tenaga yang diperolehi daripada oksigen dalam darah.

Kandungan: N.N.Dimethylglycine

Kegunaan:
Ø Membekalkan lebih banyak oksigen kepada sel-sel tubuh
Ø Meningkatkan sistem imuniti tubuh
Ø Menghalang pembentukan asid laktik
Ø Meningkatkan kecergasan
Ø Membantu fungsi sistem peredaran darah
Ø Meningkatkan metabolisma glukos darah, lemak dan protein

Senarai Paten DMG
U.S Paten
Tajuk
4631189
N,N-Dimethylglycine (DMG) dan penggunaan dalam tindak balas imuniti
4994492
Merawat sel melonoma(kanser kulit) menggunakan N,N-Dimethylglycine (DMG)
5026728
Rawatan arthritis dan keradangan
5118618
N,N-Dimethylglycine (DMG) meningkatkan pembentukan antibodi
4968839
Proses penyediaan N,N-Dimethylglycine (DMG)
Speksifikasi: 30 biji x 125mg/ kotak

Saranan Pengambilan:
1-2 biji/hari
Letakkan di bawah lidah untuk kesan yang lebih baik.

Rujukan:
· Roger V Kendall ” Building Wellness with DMG” Freedom Press, 2003
· MacKenzie, C.,and Frisell, W.,”Metabolism of Dimethylglicine by Liver Mitochondria,”J Biol Chem.,232,417,1958
· Walker, M. “Some Nutri-clinical Applications of N,N-Dimethylglycine” Townsend Letter for Doctors, June 1998


Stesen Petronas Jaya Gading Kuantan

Sedang membantu pelanggan di Stesen Petronas Jaya Gading Kuantan

CNI Omega 3


CNI Omega 3

Pengenalan

Adakah anda berisiko terhadap penyakit kardiovaskular seperti tekanan darah tinggi, paras kolesterol tinggi, serangan penyakit jantung, strok dan sebagainya? Kemerosotan fungsi jantung dan peredaran darah boleh membawa kepada serangan penyakit jantung dan strok.
Statistik menunjukkan:
Kini, lebih 30% atau 3 juta warga berusia 30 tahun ke atas mengalami masalah tekanan darah tinggi. 2 juta rakyat Malaysia mengalami masalah kolesterol yang tinggi.
Secara puratanya, terdapat 50,000 rakyat Malaysia diserangi strok setiap tahun, bersamaan dengan 6 orang setiap jam.
Setiap tahun, 12000 hingga 14000 dirawat di hospital kerana strok dan 20% akan mengalami kematian. Secara global, 30 juta orang diserangi angin ahmar, dan 5 juta yang mengalami kematian.
Tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, kencing manis dan merokok menyumbang kepada peningkatan risiko penyakit kardiovaskular 2-3 kali ganda.

Statistik Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan penyakit kardiovaskular adalah pembunuh No. 1 di hospital Malaysia. Penyebab utama ini adalah berkait rapat dengan tabiat pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat.

Masalah kesihatan yang berkait dengan gaya hidup

Tahun 2000 Tahun 2005 % Peningkatan
Masalah berkait dengan takanan darah tinggi 32,886 38,445 16.90
Penyumbatan salur darah 33,623 39,594 17.75
Penyakit jantung lain 17,598 25,362 44.12
Strok /masalah vena 13,868 16,896 21.83
Kencing manis 27,179 39,762 46.30
Sumber: China Press 27.3.2006

CNI Omega 3
CNI Omega 3 adalah pati minyak ikan yang diekstrak dari ikan laut dalam bersuhu rendah dari Laut Norwegian dan Lautan Atlantik Utara seperti ikan salmon, sardin, mackerel dan sebagainya. Omega 3 ialah asid lemak politaktepu yang diperlukan oleh tubuh manusia.


3 Keistimewaan Utama
1. Bekerjasama dengan Pusat Perubatan HSC
Satu-satunya peroduk Omega 3 di pasaran yang mendapat kerjasama dengan pusat perubatan. HSC merupakan pusat perubatan yang membekalkan perkhidmatan rawatan penyakit jantung, strok dan kanser.
2. Kesan Berganda Tambahan
Setiap kapsul 1200mg mengandungi minyak ikan laut dalam terpilih dan berkualiti tinggi dengan 35% EPA dan 25% DHA, kekuatan minyak ikan paling tinggi pasaran kini.
3. Penyulingan Molekul
CNI Omega 3 disahkan Gred Farmakopia Amerika Syarikat dan bebas toksin yang dihasilkan menerusi teknologi canggih lagi maju dikenali sebagai penyulingan molekul.

Lain lain keistimewaan
Kapsul lembut diperbuat daripada 100% gelatin sumber ikan
Mengandungi vitamin E, bertindak sebagai agen anti oksida
Botol gelap kedap cahaya dan kelembapan mencegah pengoksidaan

Fungsi
Memelihara paras kolesterol yang sihat
Mengurangkan risiko tekanan darah tinggi
Meningkatkan kesihatan jantung

Fungsi Lain
Anti keradangan
Membantu pembinaan struktur dan perkembangan otak
Membantu fungsi sistem saraf dan sistem imun.
Membantu kemurungan dan masalah psikologi
Membantu masalah kesihatan seperti kencing manis, asma dan ketumbuhan

Masalah kardiovaskular membawa padah kepada diri dan keluarga. Persatuan Jantung Amerika (AHA) juga menggalakkan pengambilan minyak ikan Omega 3 untuk melindungi diri daripada penyakit jantung. Lindungilah jantung anda dengan CNI Omega 3, hidup kan pasti lebih bermakna.

Saranan pengambilan : 1 kapsul/hari selepas makan
Pengambilan bersama CNI Life Enyzme yang bertindak sebagai pemangkin memberikan kesan yang lebih baik.
Rujukan:
1. Laporan Siasatan Kementerian Kesihatan Malaysia 2003
2. Physician’s Health Study. New England Journal of Medicine. 2002. 346 (15): 1102 – 3.
3. Importance of n-3 fatty acids in health and disease. American Journal of Clinical Nutrition. 2000.
4. Thies, Frank et al. Association of n-3 fatty acids with stability of atherosclerotic plaques. 2003.
5. Nurses’ Health Study – Journal of American Medical Association. 2002. 287

Sayangi Jantung Mu, Hidup Kan Pasti Lebih Bermakna